Skip to main content
Tips WordPress

6 Plugin Untuk Lajukan Website WordPress dan Naikkan Score GTMetrix

By 1 November 20202 Comments3 min read

01

Mula-mula, periksa score website anda di GTMetrix.com. Daftar akaun GTMetrix anda untuk mudahkan kerja scanning semula.

  • Test Server Region pilih Hong Kong, China.
  • Masukkan URL website anda.
  • Klik butang Analyze.

Simpan screenshot score GTMetrix untuk perbandingan score sebelum dan selepas anda buat tutorial ini.

02

Install plugin Statically – Optimization & CDN.

  • Activate plugin.
  • Dapatkan API key dan copy paste API key.
  • Untick “Serve and automatically minify Javascript files with CDN”.
  • Klik butang Save Changes.

Periksa semula score GTMetrix. Tengok ada perubahan tak?

Page Speed Score dah naik daripada B kepada A. Yayy! Tapi YSlow Score masih kekal pada score C. Jom kita teruskan ke langkah seterusnya.

03

Install plugin LiteSpeed Cache.

  • Activate plugin.
  • Biarkan default setting dah cukup.

04

Install plugin Far Future Expiry Header.

  • Activate plugin.
  • Pergi Settings > FarFutureExpiry.
  • Tick Enable Far Future Expiration.
  • Number of Days: key-in “365”.
  • File Types – tick semua.
  • Tick Enable Gzip Compression.
  • Klik butang Save.

05

Periksa semula bacaan score di GTMetrix.

Bacaan Full Loaded Time ada peningkatan daripada 2.1 saat kepada 1.5 saat. Baik, jom sambung ke langkah seterusnya.

06

Install plugin ShortPixel Image Optimizer.

  • Activate plugin.
  • Tick “I have read and agree…”
  • Masukkan email anda.
  • Klik butang Request Key.
  • Tick “I’ve read the ToS and the Privacy Policy…”
  • Klik butang Sign Up.
  • Copy dan paste API Key.
  • Klik butang Save dan pergi ke Bulk Process.
  • Tick “Also create WebP versions of the images, for free”.
  • Klik butang Start Optimizing.
  • Biarkan tab browser anda sehingga proses ini siap.
  • Saya sarankan anda beli 1 x One-time 10K dengan harga $9.99 USD. Baru dalam RM42. Hanya sekali bayaran.
  • Kalau nak cuba pelan percuma dia dulu pun tak mengapa. Teruskan.

07

Buka tab baru untuk install plugin. Install plugin Async JavaScript.

  • Activate plugin.
  • Klik Settings.
  • Klik butang Apply Defer (jQuery excluded).
  • Klik Save Settings.

08

Install plugin yang terakhir iaitu plugin Fast Velocity Minify.

  • Activate plugin.
  • Guna default settings.
  • Klik butang Save Changes.

09

Anda telah selesai install kesemua plugin yang diperlukan. Masa yang dinantikan telah tiba. Sekarang periksa score website anda di GTMetrix.

Yayy! Score GTMetrix dah berjaya mendapat Page Speed Score A dan YSlow Score A. Fully Loaded Time 1.7 saat. Tahniah, website anda dah laju!

Sila Ambil Perhatian

Hasil score GTMetrix website anda mungkin berbeza mengikut jenis dan spesifikasi hosting server yang anda gunakan.

Tutorial di atas adalah daripada website yang menggunakan hosting Hostmantis.com

2 Comments

Leave a Reply